Bolehkah digabungkan niat Qurban dan Aqiqah bagi setiap bahagian pada haiwan sembelihan yang sama?

Jawapan:

Ada khilaf dikalangan ulama’ dalam isu isytirak (kongsi niat) ini. Pendapat al-Syafieyyah membenarkannya. Namun, jika berkemampuan maka sebaiknya keluar daripada khilaf dengan mengasingkan setiap satu daripada ibadah tersebut tanpa berkongsi.