Saya hanya berkemampuan untuk Qurban seekor Kambing. Bolehkan saya berkongsi dengan ahli keluarga yang lain?

Jawapan:

Hukum ibadah Qurban ialah Sunat Muakkad (sunnah yang digalakkan) yang dianggap sunat kifayah, yakni jika ramai ahli dalam sebuah rumah maka memadai seorang saja melakukan ibadah qurban dan pahalanya dikongsi bersama.

“Ulama’ berpandukan hadith ini bagi membenarkan ibadah qurban seseorang itu bagi dirinya dan keluarganya, dan pahala itu dikongsi oleh dirinya dan ahli rumahnya. Inilah pandangan mazhab kami (Syafieyyah) dan jumhur, sedangkan dianggap makruh oleh al-Thauri, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya.”[al-Minhaj]

Tetapi sebaiknya jika dapat dilakukan sembelihan Qurban secara bersendirian tanpa berkongsi, itu adalah lebih baik.