SOALAN-SOALAN LAZIM

  • Bolehkah saya berkongsi dengan orang lain untuk Qurban seekor lembu?

    Jawapan:

    Bagi sembelihan seekor lembu ataupun unta, ianya boleh dikongsikan kepada 7 bahagian.

  • Bolehkah digabungkan niat Qurban dan Aqiqah bagi setiap bahagian pada haiwan sembelihan yang sama?

    Jawapan:

    Ada khilaf dikalangan ulama’ dalam isu isytirak (kongsi niat) ini. Pendapat al-Syafieyyah membenarkannya. Namun, jika berkemampuan maka sebaiknya keluar daripada khilaf dengan mengasingkan setiap satu daripada ibadah tersebut tanpa berkongsi.

  • Saya hanya berkemampuan untuk Qurban seekor Kambing. Bolehkan saya berkongsi dengan ahli keluarga yang lain?

    Jawapan:

    Hukum ibadah Qurban ialah Sunat Muakkad (sunnah yang digalakkan) yang dianggap sunat kifayah, yakni jika ramai ahli dalam sebuah rumah maka memadai seorang saja melakukan ibadah qurban dan pahalanya dikongsi bersama.

    “Ulama’ berpandukan hadith ini bagi membenarkan ibadah qurban seseorang itu bagi dirinya dan keluarganya, dan pahala itu dikongsi oleh dirinya dan ahli rumahnya. Inilah pandangan mazhab kami (Syafieyyah) dan jumhur, sedangkan dianggap makruh oleh al-Thauri, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya.”[al-Minhaj]

    Tetapi sebaiknya jika dapat dilakukan sembelihan Qurban secara bersendirian tanpa berkongsi, itu adalah lebih baik.

  • Bolehkah jika saya melakukan Qurban buat orang yang telah meninggal dunia?

    Jawapan:

    Sebahagian pandangan Syafieyah mengatakan tidak sah Qurban buat si mati melainkan jika arwah telah berwasiat untuk dilakukan Qurban bagi pihaknya.

  • Bilakan pelaksanaan korban dijalankan?

    Jawapan:

    Ibadah korban akan melaksanakan bermula 10 Zulhijah sehingga 13 Zulhijjah

  • Bagaimana untuk memastikan penyertaan korban peserta dilaksanakan?

    Jawapan:

    Selain menyediakan siil penyertaan kepada semua peserta, laporan gambar dan video yang diterima dari Islamic Relief Worldwide juga akan dikongsi di laman social media Islamic Relief Malaysia untuk rujukan

  • Mengapa harga setiap pakej qurban berlainan?

    Jawapan:

    Harga bagi satu bahagian korban berbeza mengikut jenis ternakan dan harga semasa haiwan sembelihan korban di sesebuah negara yang terlibat

  • Apa beza nama dan penama untuk pendataran?

    Jawapan:

    Nama merujuk kepada nama penyumbang manakala penama merujuk kepada nama peserta korban.

  • Adakah terdapat kos lain dalam setiap harga pakej?

    Jawapan:

    Benar. Harga setiap pakej adalah termasuk kos seliaan dan pengurusan aktiviti korban.

  • Adakah penyumbang akan menerima resit pelepasan cukai?

    Jawapan:

    Tidak. Penyumbang yang melaksanakan ibadah korban tidak layak untuk mendapat resit pelepasan cukai

  • Bolehkah seseorang itu mengambil 1 atau 2 bahagian di dalam seekor lembu korban dengan niat ingin mendapat daging sahaja?

    Jawapan:

    Ibadah korban hanya tercapai dengan berlakunya penyembelihan haiwan korban tertentu, pada hari-hari tertentu, dengan berlakunya tumpahan darah dari haiwan yang disembelih, maka terlaksanalah ibadah korban. Oleh itu, sembelihan mestilah berlaku dengan niat yang satu iaitu korban. Akan tetapi ada pendapat di dalam mazhab Syafie yang mengatakan bahawa berkongsi bahagian dalam seekor lembu korban dengan niat yang berbeza adalah dibenarkan, dan setiap orang mendapat hak masing-masing.

  • Bagaimana cara yang paling baik mengagihkan daging korban?

    Jawapan:

    Bagi pengagihan daging korban, golongan yang paling diutamakan ialah fakir miskin daripada kalangan keluarga terdekat, kemudian fakir miskin dari kalangan jiran tetangga. Tidak boleh diberikan kepada fakir miskin yang tidak beragama Islam

  • Bolehkah seseorang mewakilkan orang lain menyembelih haiwan korban bagi pihaknya?

    Jawapan:

    Hukum asal penyembelihan binatang korban itu adalah sunat dilakukan sendiri oleh orang yang berkorban. Walau bagaimanapun orang yang tidak mampu melaksanakannya adalah lebih afdhal mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih binatang korbannya bagi pihak dirinya.

  • Bolehkah seseorang melaksanakan korban bagi orang lain tanpa pengetahuannya?

    Jawapan:

    Melaksanakan korban memerlukan niat yang sengaja, dan disertai dengan rasa kepatuhan kepada Allah S.W.T. Seseorang yang berkorban perlu sedar yang ia sedang melaksanakan suatu tuntutan ibadah yang dinamakan korban. Manakala korban yang dilaksanakan oleh orang lain tanpa pengetahuan orang kedua, maka ia tidak memberikan kesempurnaan kepada perlaksanaan korban itu sendiri, oleh itu kita tidak boleh melaksanakan korban bagi orang lain melainkan dengan keizinannya, kecuali ahli keluarga.

  • Bolehkah korban dilaksanakan bagi anak saya yang belum diaqiqahkan?

    Jawapan:

    Korban bagi anak kecil adalah atas tanggungjawab ibu bapanya seperti juga aqiqah, khususnya ibu bapa yang mempunyai kelapangan dan kemampuan. Jika seseorang itu berniat ingin membuat korban untuknya maka ia tidak menjadi masalah, akan tetapi jika didahulukan aqiqah adalah lebih baik, kerana aqiqah adalah suatu tuntutan kepada ibu bapa terhadap anak tersebut, sedangkan korban pula adalah suatu ibadah diri sendiri tanda ketaqwaan kepada Allah Taala